Saturday, 8 September 2012

Tips mencari KAWAN BAIK

Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.



Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

 Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

 Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

 Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.
Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.
Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

 p/s : Maka tanyalah diri anda, adakah diri anda sekarang ini boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang baik??? Fikir-fikirkan…

Thursday, 30 August 2012

Peace^^V

Assalamualaikum semua:)



Hai korang,Selamat Hari Raya.Dah lama Shila tak update blogger.Maklumlah balik kampung so tak updatelah.Sebelum raya tu,birthday shila tau,18/8.Rasa bertualah malam raya kan.Byklah orang wish kat facebook dan twitter.Lebih-lebih lagi Suffea,terharu giler doh,sudah 6 tahun aku kenal dia:D

Okay,sampai sini sahaja.Nnti shila update tau.Assalamualaikum:))

Wednesday, 15 August 2012

Ekspresi muka--'


Muka tgh bosan-.-

Muka selepas aku dah habis menangis.Menangis sbb gaduh dgn kawan--'

p/s:Bosan-.-

Wednesday, 1 August 2012

TRIAL PMR 2012:)

Assalamualaikum semua dan salam Ramadhan:)

Esok paling penting bagi tingkatan 3.Apa yang penting sangat tu??Iaitu Percubaan PMR.Takut kan??Biasalah tu kan,rasa gementar pon ada:)


Goodluck for PMR Candidates 97's.Lebih-lebih lagi nak ucapkan kepada Atiqah Nadrah,Amirah,Ain Basyirah,Filzatun,Fitriyani dan lain-lain yang aku kenal walaupun diorang tak kenal akuxD

Goodluck PMR Candidates 97's:)



Saturday, 21 July 2012

Kawan:'(

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan:')

Hari ni first ramadhan,Awww terujanya:').Harap-harap tahun ni aku puasa penuh,Insya'Allah:')

Tajuk kali ini "Kawan".Apa maksud kawan ehh?Selalu kita dengar kawan di sisi kita tak kira tempat atau pun masa.Ada juga kawan jugak dari kecil lagi,tu lagi sweet.Aku ada kisah sebenarnya,bukan rekaan tapi benar.Aku ada seorang kawan baik,paling baik di dunia.Aku kawan dengan sejak form 1 lagi.Memang rapat giler tetapi aku dan dia melangkah tingkatan 4,rezeki kami tercapai bila kami kelas bersama.


Selalu rehat bersama-sama,aku selalu ceritakan masalah aku kat dia dia yang selesaikan.Pada bulan 4,dia rapat seorang budak kelas aku,aku sangat jealous bila diorang rapat sekali,siap pegang tangan sekali.Aku tak pernah buat macam tu seperti kawan sebenarnya.


Pada waktu peperiksaan baru-baru ni,diorang sangat rapat seperti belangkas.Selalu berbincang bersama-sama,waktu aku tengah jawab exam tiba-tiba aku menangis.Tak taulah sebab apa aku menangis,baru aku teringat sebab kawan tinggalkan kawan lama.Diorang tertukar rahsia.:'(.Tapi aku selalu ceritakan masalah aku kat kawan iaitu Izzati,Aina dan Syahira.Aku rasa diorang boleh diharap,aku kawan diorang mmg sporting lebih2 lagi Izzati selalu buat lawak,bila aku tengah sedih.Thanks korang,korang adalah paling baik hidup aku:')


Saturday, 14 July 2012

Study--'

Assalamualaikum:)


Macamlah aku ni study sangat,study separuh jer.Terutama,sejarah..tak sampai 1 saat dah mengantuk.Hashhh.Masa peperiksaan pertengahan tahun..result aku mmg teruk giler nak mampus.dpt bawah 30.Teruk kan??So jangan perli.Hari tu aku nak target berapa ehhh??Jap,tgh kira...5 A's.Insya'Allah kalau dapat.Aku ni jenis malas nak baca buku.Hahaha.Ok,sampai sini sahaja.Assalamualaikum:')

Thursday, 12 July 2012

Ujian kemajuan 2:/

Assalamualaikum:)


"Fuck This Shit"tak ada mengena ok.Yang perkataan "Fuck" tu pasal exam.Ok exam dah makin dekat,minggu depan.Start 16 JULAI.Nak tau first paper tu apa???BI dan Sejarah--'.Dahlah aku tak baca buku sejarah.OMG!!dahlah aku tak suka sejarah-.-

Ni jadual Ujian Kemajuan 2:/

16/7/2012(Isnin)-->9.25-10.25 (Bahasa Inggeris)
12.00-1.00 (Sejarah)

17/7/2012(Selasa)-->8.50-10.20 (Bahasa Melayu)
12.00-1.00 (Matematik)

18/7/2012(Rabu)-->9.20-10.20 (Pend.Seni Visual)
12.00-1.00 (Pendidikan Islam)

19/7/2012(Khamis)-->9.20-10.20 (Sains)
12.00-1.00 (Perdagangan)

20/7/2012(Jumaat)-->9.10-10.10 (Tasawwur Islam)

Nampak tak yang aku highlight tu,you see??Yang tu elektif dia,aku nak target A's BM,Sains,Seni,Tasawwur dan Matematik,tu kredit aku.BM tu wajib lulus,kalau tak lulus kena ambil balik.Faham tak??Bagus~Ok,sampai sini aku menulis ni,kalau result bagus aku update,kalau tak,tak payahlah.Tolong doakan saya buatkan yang terbaik tau:)~

Monday, 2 July 2012

July:)

Assalamualaikum semua:)

Secara kita tak sedar,sekarang dah masuk bulan July.Betul ke??Memang betul.PMR dan SPM dah makin dekat,kalau tak silap PMR bulan 10 SPM pulak bulan 11.Sekejap masa berlalu yer.Bagi junior-junior dan senior-senior,goodluck tau.Buatkan terbaik^^V

p/s:malas nak taip panjang2--'