Tuesday 31 January 2012

Ain Maisarah kembali lagi:D

Assalamualaikum semua:)

Hari ni aku happy giler sebab jumpa kak Ain Maisarah,penulis novel terkenal dan ni happy giler sampai nak mampos,kak Ain kenal aku,terharunya.Kak Ain pernah datang sekolah masa aku form 1 tahun 2009,sekarang dia datang lagi.Yeeees.Nasib baik aku beli novel kak Ain pastu ada tandatangan kak Ain:)



Dapat tandatangan Ain Maisarah:'D

Sunday 29 January 2012

Merepek!xD

Assalamualaikum semua:)


Bosannya,tak tau nak tulis apa,dalam blog ni.Kan seronok spongebob dan Patrick datang rumah aku dan temankan aku!xD

Merepek betul budak ni!xP

Saturday 28 January 2012

Tak suka-.-

Assalamualaikum semua:)

Hari ni sabtu,esok pulak hari ahad dan seterusnya isnin.Isnin dah nak sekolah,tak suka,rasa mcm cuti lagi jer.Kerja sekolah ada yang tak siap lagi,haissssshhhh:/


Friend's Forever:')

Assalamualaikum semua:)

Makin ramai nak pergi asrama,ada yang nak pindah sekolah,sedihlah ramai nak pindah.Yang paling sedih dua kawan baik aku paling baik di dunia,Wan Nur Suffea Bt Wan Fadzli dan Iffah Nadiah Bt Laili.Dua orang paling baik dalam hidup aku,selalu aku ceritakan masalah kat diorang pastu selesaikan masalah.Tak sangka ada kawan baik mcm diorang.

Ni Wan Nur Suffea,kelas 4 Sains 2.PMR dapat 7A 2B,B tu BM dgn Bahasa Arab
Dia ni seorang peramah,jujur,pandai baca Al-Quran dan seorang pengawas.
Aku kenal dia ni sejak sekolah rendah masa darjah 5,sama kelas.Dia memang baik
Dia selalu tolong semua orang,dia suka senyum orang,mudah mendapat kawan.
Dia akan pindah sekolah kat SMK Seri Saujana,Petaling Jaya.
Jangan lupakan kitorang tau!:'(

Ni pulak Iffah Nadiah,kelas sama dengan Suffea.PMR dapat straight(8A).
Seorang peramah,pandai baca Al-Quran dan seorang pengawas sama dengan Suffea.
Knal masa Form 1 ke atau form 2(lupalah xD)ambil berat semua orang.
Suka tolong cikgu,semua orang.Suka senyum dan mudah mendapat kawan
Dia akan pergi Sekolah Berasrama Penuh Rembau,Negeri Sembilan.
Dua orang dah nak pergi minggu depan D':

Dua orang dah nak pergi minggu depan,siapa nak temankan kita,siapa nak ajar math.
Fakhriah,Dayana,Inyeirah,Syaza Izreen,Afifah,Sahira,Nazirah dan semua orang,siapa nak buat diorang senyum.
Korang tak ada minggu depan,makin ramai nak pindah mcm Embren,Khalila semua orang tak ada:'(

Wan Nur Suffea dan Iffah Nadiah,jaga diri elok2 yer,jangan lupakan kitorang
Aku harap persahabatan kita selalu kekal buat selama-lamanya:')


I MISS YOU:'):'D

Friday 27 January 2012

Tak siap lagi-_________-

Assalamualaikum semua:)

Dah siap kerja sekolah yg cikgu beri tu,yg dah siap tu,bagus.Aku pon tak siap lagi,sejarah jer.Banyak betul cikgu bagi kerja sekolah,bagilah sikit,cikgu.Cukuplah tu,sikit-.-

Confirm tanya pasal kerja sekolah-.-

Thursday 26 January 2012

Perasaan Sebenar:')

Assalamualaikum,semua:)

Kita dah bersekolah dah masuk 4 minggu,nanti pulak nak masuk bulan 2 nnti,sekejap masa berlalu.Tak sedar langsung kelas aku semakin ramai,sampai 40 orang,Ramainya:O.Pasal 4Kemanusiaan ni adalah kelas sastera,elektifnya ialah Tasawwur Islam,Perdagangan dan Pendidikan Seni Visual.Shila masuk kelas ikut kemampuan,maksud shila ambil yg mudah dibawa sampai SPM tahun depan,nasib baik shila tak ambik add math sebab add math paling susah!xD


Perasaan aku masuk kelas 4 Kemanusiaan,agak seronok jugak sebab tercapai jugak shila masuk kelas sastera.Dah lama2 shila duduk kelas 4 Kemanusiaan,mcm rasa pelik tak abis kena marah dgn budak kelas.budak kelas aku panggil aku 'lembap'.Aku tertanya-tanya kenapa diorang panggil shila 'lembap' sebab shila buat kerja lambat,mmg dah biasa kena panggil mcm tu.Kalau cikgu tu suruh bentangkan depan kelas mesti diorang suruh aku baca dengan kuat,bila Shila baca diorang kata tak dengarlah,pastu diorang kata 'kau tak ada suara ke' bila diorang cakap mcm tu rasa mcm sedih,sakit hati tapi sabarlah jelah.


Aku tak tau apa silap aku,tapi hanya Allah saja yang tau.Aku harap tolonglah janganlah nak harapkan aku buat kerja semua ni,dari sekolah rendah memang memang mcm tu.Kata kakak aku 'kita harus bersuara bila orang tu ada masalah dengan kita',aku ingat kata2 kakak aku ni dan kakak aku pesan 'jangan ambil penduli apa yang diorang kata tu tidak benar'.Aku bukan nak mengumpat pasal korang cuma aku nak nasihat jer.Lebih2 lagi diorang suruh aku hantar buku kat bilik guru.


Bila dah lama duduk sekolah SMK Wangsa Melawati selama 3 tahun,macam happy.Sebab apa ehh??Sebab berkenalan senior2 form 5 dan form 6.Yang senior paling rapat sekali ialah Ammar dan Rafiq tu jer,yg lain kawan biasa.Ammar dari kelas 5 Sains 2 dan Rafiq dari kelas 5 Teknikal,sebelah kelas aku jer.Aku happy sebab diorang ada,kalau aku ada masalah,mesti beritahu kat diorang,diorang yang selesaikan masalah.Yang paling tak gembira,budak kelas aku jeles aku rapat budak2 form 5,biasa jer kawan.Tak baik nak cemburu,kalau kita nak kawan lebih ramai ialah tegur,senyum selalu jer.Tu teknik aku selalu tegur orang:)

Assalamualaikum,kita sambung lagi tau!:)


Monday 23 January 2012

Happy Chinese New Year:)

Assalamualaikum semua:)

Selamat tahun baru cina,kawan2.Best tak sambut tahun baru cina,mesti best kan:).Tadi ada tarian singa,comel diorang menari.

Nak tengok video tarian singa!


Sunday 22 January 2012

Al-Fatihah:'(

Assalamualaikum,semua;)

Apasal shila sebut Al-Fatihah,siapa yg meninggal?korang kenal tak Izwan Pilus,mesti kenal tapi dia sudah meninggal dunia semalam 20 januari 2012,pukul 6.15 petang.Ya Allah,tak caya dia tak ada kat dunia ni,aku memang minat dia giler2.Aku mcm nak menangis jer,dia sakit demam kuning.Memang minat dia giler2 dan lagu dia,Kembali Senyum,tu paling famous.Tapi redhlah jelah:'(


Al-Fatihah kepada Izwan Pilus,semoga roh dicucuri rahmat dan tempat orang-orang beriman.Amin

Dia sangat berbakat besar seperti adiknya,Aril.Korang jgn sedih,.Doakan dia selalu yer!:'(
Jasamu dikenang sampai bila2,kitorang takkan lupakan dia:'(

Thursday 19 January 2012

Banyaknya kerja:/

Assalamualaikum,semua:)

Minggu depan sekolah aku cuti seminggu tau,syok tau.Yang paling tak syok kerja sekolah,mesti korang tak suka buat kerja sekolah kan,betul tak??jgn tipu:)

Mak aih,banyaknya kerja,cikgu-.-
Kerja sekolah!
Bahasa Malaysia(Latihan)
Bahasa Inggeris(Latihan)
Pendidikan Islam(Nota)
Perdagangan(Nota)
 Sejarah(Nota)
Tasawwur Islam(Nota dan Latihan)

Rasanya siap kot masa seminggu:)




Tuesday 17 January 2012

Latihan rumah sukan Emerald:)

Assalamualaikum semua dan selamat malam:)

Tadi kat sekolah ada latihan rumah sukan,penat giler balik pukul 6 petang.Petang tadi ada acara 100 meter,nak tau tak shila dpt nmbr 4 jer tu pon tak pass.

Saya harap dapat aktifkan dalam sukan,seboleh-bolehnya adalah lontar peluru,tu aku mampu.Biarlah orang nak ejek aku ni lemah ke tapi aku  semangat nak masuk acara lontar peluru!;)


Saturday 14 January 2012

Kokurikulum:)

Assalamualaikum semua,nak cerita ni,tadi kat sekolah ada kokurikulum tadi,so datang sekolah sebelum pukul 8 pagi.Bertuah punyer aku bangun lambat ,ceeehhhxD.Ok,mula cikgu asingkan unit berunitform,so aku pergi tempat silat,tapi dua perempuan jer silat,lelaki ramai termasuk Megat and Hafizuddin.Ok,mesyuarat silat kat dewan terbuka,pelantikan bermula.Mula nak lantik Megat or Sabrina sebagai pengerusi tapi Megat tak boleh jadi Pengerusi silat sebab Megat ada jawatan Ketua Pengawas,so kitorang lantik Sabrina jadi pengerusi.Pastu naib pengerusi pulak Arif,yg lantik arif ialah Megat,ramai sokong:).Seterusnya Setiausaha,Cikgu Roslan dan Megat lantik aku sebagai setiausaha.Dah lantik2 tu ada latihan sikit utk junior2.Yang ajar Sabrina,Arif dan Megat aku tak boleh ada keje sikit!:))Thanks Megat kerana lantik aku sebagai Setiausaha Silat:D

Pukul 10.30 pagi,ada kelab matematik,nasib baik ada kawan Sahira,Nazirah dan Madihah.Seperti biasa ada pelantikan ahli jawatankuasa,jadi pengerusi abang form 5 sorang jer,naib pengerusi Sahira setiausaha pulak Atiqah Nadrah,aku yg lantik Atiqah sebagai setiausaha kelab matematik(*sory Atiqah*;).Lepas dah lantik cikgu beri cadangan kat kitorang,paling feymes ialah Lawatan,ada yg cakap nak pergi kilang chocolate,ada yg jgk nak pergi sunway lagoon,banyak cantik muka nak pergi sana,belum kutip duit lagi nak pergi sanaxD.Dah beri cadangan entah apa2 aku pun tak tau,pastu cikgu suruh kitorang bersihkan bilik matematik

Malas nak taip panjang2,letih jari aku ni:))

Bye2 kte jumpa lagi tau.Assalamualaikum:))

Sastera:)

Akhirnya aku masuk kelas sastera jugak,nasib baik tak ambik add math:D

4 Kemanusiaan!
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Pendidikan Agama Islam
Perdagangan
Tasawwur Islam
Pendidikan Seni Visual

Yang aku highlight tu kan,tu paling penting sekali sampai SPM,aku ingat seni tu tak penting rupanya penting.So aku ambik 9 mata pelajaran!:D

Monday 2 January 2012

Tingkatan 4-.-'

Yeah yaeh yeah,rabu sekolah YEAH!-.-
Tahun ni aku masuk tingkatan 4,comfirn tension nnti bila masuk form 4 ni xD
Harap2 tak tension,nnti gugur rambut aku xP

Happy New Year 2012:D

Selamat tahun baru kawan2:))!!
Mulakan azam baru anda!:D