Saturday, 17 March 2012

Esok last cuti-__-

Assalamualaikum semua:)

K,esok last cuti kan?Hw korang dah siap ke belum,mesti belum kan ada yang dah.Bagus bagus.Homework aku dah siap kecuali BI dan Sains.BI tu biarlah aku kena marah cikgu Ez tu,aku bukan suka sangat cikgu tu,cikgu tu hanya pilih orang pandai sahaja ok-.-.Nanti hari isnin mesti cikgu tanya pasal homework,dah agak dahxD

Friday, 9 March 2012

Comelnya:')

Assalamualaikum semua,tak jawab dosa:)

Hari ni aku senyum nmpk gigi mcm dalam gambar ni dan hari ni aku excited sebab ada ahli keluarga baru,bukan manusia,ia kucing punyer anak,hahahahaxD.Seriously comel giler,dapat 4 ekor:'D








Comelnya:')

Monday, 5 March 2012

Ya Allah:'(

Assalamualaikum semua:)

Ya Allah sedihnya hati aku,kerana result aku UK1 sgt memuaskan,sgt teruk.Nasib baik sains dgn Bm aku lulus tapi sejarah dan math,nak menangis dibuatnya.BI aku rasanya teruk kot:'(

So saaadD':

Saturday, 3 March 2012

Pertandingan Petanque Angkasa Negeri:))

Assalamualaikum semua:)

Nak tau tak ari ni aku ada pertandingan iaitu Pertandingan Petanque Angkasa Negeri di Taman Pudu Ulu,Arena Petanque.Pertandingan ni untuk sekolah Wilayah Persekutuan sahaja iaitu,SMK Wangsa Melawati,SMK Segambut Jaya,SMK Wangsa Maju Seksyen 2,SMK Wangsa Maju Seksyen 5,Victoria Institution Kuala Lumpur,SMK Cochrane,SMK Convent Sentul,SMK Sentul Utama,SMK Sri Rampai,SMK Tun Hussein Onn,SMK Setapak Indah,SMK Menjalara,SMK Datok Lokman,SMK Aminuddin Baki,SMK Setiawangsa,SMK Sri Pantai,dan banyak lagi

Kumpulan A
SMK Wangsa Melawati (L)
-Hafizuddin
-Asyraf
-Solehieen

Kumpulan B
SMK Wangsa Melawati(L)
-Amar
-Arif
-Zul Arief

Kumpulan A
SMK Wangsa Melawati(P)
-Hanis Humairah
-Nik Nornisa
-Nurul Ashila

Okay,sekolah aku hantar 9 wakil,3 perempuan 6 lelaki,sikitnya.Kumpulan aku,A(P) akan melawan SMK Menjalara tetapi SMK Menjalara tak ada sorang wakil so kitorang menang pusingan pertama.Pusingan kedua pulak kitorang akan lawan SMK Tun Hussein Onn,sekolah tu agak hebat jugak tapi agak mendukacitakan kitorang kalah pusingan kedua,mata dia permainan tu 11-6(*betul ke*).Agak sedih jugak,kalahlah.Kumpulan A(L) akan masuk pusingan seterusnya,akan lawan SMK Setapak Indah,kumpulan B pulak akan lawan SMK Cochrane,kumpulan perempuan pulak akan lawan SMK Sentul Utama.Ya Allah,aku lawan dgn budak yg comel giler tapi diorang kata first time main,aku pon sama jugak.So kitorang menang 11-8,mestilah bangga.

Pasal kumpulan lelaki aku tak amik kisah,biarlah diorang.Nak tau tak,aku,kak Hanis dan kak Nisa nak tanya kat pengadil,nak solat Zohor,pastu pengadil cakap 'solat 5 minit jer',mak aiihhh,sekejapnya,ingat kitorang ni mcm lari cepat.Apa celup kau-.-.Pastu kumpulan perempuan sekolah aku akan lawan SMK Sri Rampai,aduh nak cakap susahlah,diorang ni memamg hebat.Mula2 dapat diorang menang pastu pulak kitorang dan lepas tu pulak diorang yg masuk suku akhir.Jelaousnya:(.Kalau kumpulan perempuan sekolah aku masuk suku akhir,perghhh dapat nombor,nak dapat nombor tu sebab nak harumkan nama sekolah aku,SMK Wangsa Melawati,tapi kalah.Nak buat mcm mana,rezeki tak ada nak menang.Alhamdulillah,first time aku masuk pertandingan walaupun dah kalah,tapi syukur Alhamdulillah.Tahniah sekolah mana yg dapat juara,naib juara dan tempat ketiga.Tadi kitorang balik lepas lawan Sri Rampai,menangis tak berlagu.Nak tau jugak sekolah mana yg dapat juara:))

Sunday, 19 February 2012

Exam-_____-

Assalamualaikum semua:)

Oh noooo,exam dah nak dekat.Langsung tak study
Mcm nak dapat A kalau tak study-__-

Happy Birthday Kakak ♥

Happy birthday kakak semoga happy selalu yer:'D
Sayang kakak:')

Monday, 6 February 2012

Kek Coklat:'D

Assalamualaikum semua:D

Hari ni aku buat kek coklat,rupanya buruk tapi sedap,nak tau resipi dia.Jom kita buat:D

Bahan A:
  • Susu Cair-1 tin
  • Serbuk Koko-1 tin
  • Gula-1 tin
  • Minyak Jagung-1 tin
Bahan B:
  • Susu Pekat-1 tin
  • Tepung Kek-1 tin
  • 1 sudu teh sodium bicarbonat
  • 2 biji telur
Cara-cara:-
  1. Masak bahan A,masak sampai semua sebati
  2. Asingkan sedikit bahan A yang dimasak tadi untuk topping
  3. Masukkan semua bahan B dalam bahan A yang siap dimasak tadi,pukul sebati
  4. Masukan dalam bekas,kukus selama 45 minit
  5. Then letak topping
-Selamat mencuba-:D

Happy Birthday To You:D

Ainaa Zainolizam
(3 February 1996)

Eeinsyeirah Effenddy
(4 February 1996)




(sory gambar budak ni tak ada)xD
Muhamad Hafizuddin
(6 February 1995)

Sunday, 5 February 2012

Maulidur Rasul [Birthday of Prophet Muhammad] 2012 (1433H)

Assalamualaikum semua:D

 Selamat Menyambut Maulidur Rasul:')

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

"Sesiapa yang bersalawat sekali ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat 10 kali ke atasnya..."
 Maksud Maulidur Rasul:-
 
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

 -Saya mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul seluruh umat Islam-:'D