Thursday, 26 January 2012

Perasaan Sebenar:')

Assalamualaikum,semua:)

Kita dah bersekolah dah masuk 4 minggu,nanti pulak nak masuk bulan 2 nnti,sekejap masa berlalu.Tak sedar langsung kelas aku semakin ramai,sampai 40 orang,Ramainya:O.Pasal 4Kemanusiaan ni adalah kelas sastera,elektifnya ialah Tasawwur Islam,Perdagangan dan Pendidikan Seni Visual.Shila masuk kelas ikut kemampuan,maksud shila ambil yg mudah dibawa sampai SPM tahun depan,nasib baik shila tak ambik add math sebab add math paling susah!xD


Perasaan aku masuk kelas 4 Kemanusiaan,agak seronok jugak sebab tercapai jugak shila masuk kelas sastera.Dah lama2 shila duduk kelas 4 Kemanusiaan,mcm rasa pelik tak abis kena marah dgn budak kelas.budak kelas aku panggil aku 'lembap'.Aku tertanya-tanya kenapa diorang panggil shila 'lembap' sebab shila buat kerja lambat,mmg dah biasa kena panggil mcm tu.Kalau cikgu tu suruh bentangkan depan kelas mesti diorang suruh aku baca dengan kuat,bila Shila baca diorang kata tak dengarlah,pastu diorang kata 'kau tak ada suara ke' bila diorang cakap mcm tu rasa mcm sedih,sakit hati tapi sabarlah jelah.


Aku tak tau apa silap aku,tapi hanya Allah saja yang tau.Aku harap tolonglah janganlah nak harapkan aku buat kerja semua ni,dari sekolah rendah memang memang mcm tu.Kata kakak aku 'kita harus bersuara bila orang tu ada masalah dengan kita',aku ingat kata2 kakak aku ni dan kakak aku pesan 'jangan ambil penduli apa yang diorang kata tu tidak benar'.Aku bukan nak mengumpat pasal korang cuma aku nak nasihat jer.Lebih2 lagi diorang suruh aku hantar buku kat bilik guru.


Bila dah lama duduk sekolah SMK Wangsa Melawati selama 3 tahun,macam happy.Sebab apa ehh??Sebab berkenalan senior2 form 5 dan form 6.Yang senior paling rapat sekali ialah Ammar dan Rafiq tu jer,yg lain kawan biasa.Ammar dari kelas 5 Sains 2 dan Rafiq dari kelas 5 Teknikal,sebelah kelas aku jer.Aku happy sebab diorang ada,kalau aku ada masalah,mesti beritahu kat diorang,diorang yang selesaikan masalah.Yang paling tak gembira,budak kelas aku jeles aku rapat budak2 form 5,biasa jer kawan.Tak baik nak cemburu,kalau kita nak kawan lebih ramai ialah tegur,senyum selalu jer.Tu teknik aku selalu tegur orang:)

Assalamualaikum,kita sambung lagi tau!:)


Monday, 23 January 2012

Happy Chinese New Year:)

Assalamualaikum semua:)

Selamat tahun baru cina,kawan2.Best tak sambut tahun baru cina,mesti best kan:).Tadi ada tarian singa,comel diorang menari.

Nak tengok video tarian singa!


Sunday, 22 January 2012

Al-Fatihah:'(

Assalamualaikum,semua;)

Apasal shila sebut Al-Fatihah,siapa yg meninggal?korang kenal tak Izwan Pilus,mesti kenal tapi dia sudah meninggal dunia semalam 20 januari 2012,pukul 6.15 petang.Ya Allah,tak caya dia tak ada kat dunia ni,aku memang minat dia giler2.Aku mcm nak menangis jer,dia sakit demam kuning.Memang minat dia giler2 dan lagu dia,Kembali Senyum,tu paling famous.Tapi redhlah jelah:'(


Al-Fatihah kepada Izwan Pilus,semoga roh dicucuri rahmat dan tempat orang-orang beriman.Amin

Dia sangat berbakat besar seperti adiknya,Aril.Korang jgn sedih,.Doakan dia selalu yer!:'(
Jasamu dikenang sampai bila2,kitorang takkan lupakan dia:'(

Thursday, 19 January 2012

Banyaknya kerja:/

Assalamualaikum,semua:)

Minggu depan sekolah aku cuti seminggu tau,syok tau.Yang paling tak syok kerja sekolah,mesti korang tak suka buat kerja sekolah kan,betul tak??jgn tipu:)

Mak aih,banyaknya kerja,cikgu-.-
Kerja sekolah!
Bahasa Malaysia(Latihan)
Bahasa Inggeris(Latihan)
Pendidikan Islam(Nota)
Perdagangan(Nota)
 Sejarah(Nota)
Tasawwur Islam(Nota dan Latihan)

Rasanya siap kot masa seminggu:)




Tuesday, 17 January 2012

Latihan rumah sukan Emerald:)

Assalamualaikum semua dan selamat malam:)

Tadi kat sekolah ada latihan rumah sukan,penat giler balik pukul 6 petang.Petang tadi ada acara 100 meter,nak tau tak shila dpt nmbr 4 jer tu pon tak pass.

Saya harap dapat aktifkan dalam sukan,seboleh-bolehnya adalah lontar peluru,tu aku mampu.Biarlah orang nak ejek aku ni lemah ke tapi aku  semangat nak masuk acara lontar peluru!;)


Saturday, 14 January 2012

Kokurikulum:)

Assalamualaikum semua,nak cerita ni,tadi kat sekolah ada kokurikulum tadi,so datang sekolah sebelum pukul 8 pagi.Bertuah punyer aku bangun lambat ,ceeehhhxD.Ok,mula cikgu asingkan unit berunitform,so aku pergi tempat silat,tapi dua perempuan jer silat,lelaki ramai termasuk Megat and Hafizuddin.Ok,mesyuarat silat kat dewan terbuka,pelantikan bermula.Mula nak lantik Megat or Sabrina sebagai pengerusi tapi Megat tak boleh jadi Pengerusi silat sebab Megat ada jawatan Ketua Pengawas,so kitorang lantik Sabrina jadi pengerusi.Pastu naib pengerusi pulak Arif,yg lantik arif ialah Megat,ramai sokong:).Seterusnya Setiausaha,Cikgu Roslan dan Megat lantik aku sebagai setiausaha.Dah lantik2 tu ada latihan sikit utk junior2.Yang ajar Sabrina,Arif dan Megat aku tak boleh ada keje sikit!:))Thanks Megat kerana lantik aku sebagai Setiausaha Silat:D

Pukul 10.30 pagi,ada kelab matematik,nasib baik ada kawan Sahira,Nazirah dan Madihah.Seperti biasa ada pelantikan ahli jawatankuasa,jadi pengerusi abang form 5 sorang jer,naib pengerusi Sahira setiausaha pulak Atiqah Nadrah,aku yg lantik Atiqah sebagai setiausaha kelab matematik(*sory Atiqah*;).Lepas dah lantik cikgu beri cadangan kat kitorang,paling feymes ialah Lawatan,ada yg cakap nak pergi kilang chocolate,ada yg jgk nak pergi sunway lagoon,banyak cantik muka nak pergi sana,belum kutip duit lagi nak pergi sanaxD.Dah beri cadangan entah apa2 aku pun tak tau,pastu cikgu suruh kitorang bersihkan bilik matematik

Malas nak taip panjang2,letih jari aku ni:))

Bye2 kte jumpa lagi tau.Assalamualaikum:))

Sastera:)

Akhirnya aku masuk kelas sastera jugak,nasib baik tak ambik add math:D

4 Kemanusiaan!
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Pendidikan Agama Islam
Perdagangan
Tasawwur Islam
Pendidikan Seni Visual

Yang aku highlight tu kan,tu paling penting sekali sampai SPM,aku ingat seni tu tak penting rupanya penting.So aku ambik 9 mata pelajaran!:D

Monday, 2 January 2012

Tingkatan 4-.-'

Yeah yaeh yeah,rabu sekolah YEAH!-.-
Tahun ni aku masuk tingkatan 4,comfirn tension nnti bila masuk form 4 ni xD
Harap2 tak tension,nnti gugur rambut aku xP

Happy New Year 2012:D

Selamat tahun baru kawan2:))!!
Mulakan azam baru anda!:D